Wednesday 16 April 2014

PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUN 2014

Pendaftaran Tahunan Keahlian PPM adalah termaktub dalam Akta Parlimen No.38, Tahun 1968 dengan Pindaan-pindaan No.143, Tahun 1974 dan No.409, Tahun 1989 dan Dasar Peraturan-Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia seperti berikut:


Perkara 44 Seksyen VII
Bancian tahunan dan pendaftaran semula semua kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan adalah dijalankan pada tiap-tiap tahun.

Perkara 46 Seksyen VII
Penyata banci dan pendaftaran semula yang lengkap bagi semua kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan mestilah dihantar ke ibu pejabat sebelum 31 Januari tiap-tiap tahun.

Perkara 47 Seksyen VII
Kegagalan menghantar banci dan pendaftaran semula bagaimana dikehendaki dalam Peraturan 46 akan menyebabkan kumpulan-kumpulan yang berkenaan dengan sendirinya dipotong daripada pendaftaran, dan bagi sesuatu Persekutuan Tempatan yang gagal menghantar penyata-penyata bagi kumpulan-kumpulannya, Persekutuan Tempatan itu akan dengan sendirinya dipotong daripada pendaftaran. Dalam semua perkara di atas, semua Tauliah, Sijil dan Surat Perlantikan,Lencana-lencana, wang dan harta hendaklah dengan tiada berlengah lagi diserahkan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pegawai-pegawai Majlis Pengakap Negeri dan pegawai-pegawai Persekutuan Tempatan, dan kepada Pesuruhjaya Negeri dan pegawai-pegawai Majlis Pengakap Negeri kiranya Persekutuan-Persekutuan Tempatan yang dimansuhkan. Mulai daripada 1 Mac pada tiap-tiap tahun semua kumpulan yang telah dipotong pendaftaran dan semua ahli dalam kumpulan-kumpulan itu tidak lagi menjadi ahli Persekutuan, dan tindakan akan diambil mengikut perbekalan-perbekalan yang tersebut dalam Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia 1968 bekenaan perkara-perkara mengenai mereka dan tidak menjadi ahli Persekutuan.

Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap bagi tahun 2014 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah seperti berikut:
a.      Kumpulan: RM 10.00
b.      Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja: RM   3.00
c.      Ahli Pengakap Kelana : RM   5.00
d.      Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa: RM   5.00   


Sila rujuk halaman PENDAFTARAN

No comments:

Post a Comment